Isnin, 24 Januari 2011

Kedai murah di Bandar Seri Begawan

Dah lebih kurang 11 bulan aku stay kat Brunei ni dan selama itu jugakla aku dpt peluang utk beli belah kat Brunei ni. Beli belah yang aku maksudkan ni adelah membeli belah keperluan rumah mcm susu,kain lampin baby, sabun, barang kering dapur semua.



Jadi Sabtu lepas (hari 6 cakap org Brunei), aku ngan wife aku ditemani bodyguard kami, Khadijah ke sebuah international shopping market la (aku kate international ni sbb kat Malaysia pun ade market ni). Konon2nye diorgla tu yg paling murah. Tgk gaye iklan hebat, tapi rupenye tak dpt lagi lawan harga PASARAYA ORBIT!!Kpd org Brunei, bulela biskita mengunjungi pasaraya ini yang terletak di Jalan Muara, Salambigar. Biskita buleh cube comparekan harganye.



Bile aku compare2 kan harga kat pasaraya international tu,memang ORBIT ni lagi murah.jadi lepas dh amik 4-5 barang dr pasaraya tu,aku ckp dgn wife aku kite balikla n singgah Orbit utk beli barang dlm list kite tu sbb lps tgk2 harga mmg byk sgt barang Orbit lagi murah. Lepas ni kalau nak beli barang-barang rumah, ni tak yahla drive jauh2, susah2 cari parking. Dah smpi Orbit sile la bandingkan; klu pampers comfort L38=$8.80 klu kat tmpt lagi dah cecah $9-10.Pastu biscuit BabyBites tu kat ORBIT $2.80 kat tempt lain $3.10 0r $3.15, Shampoo Pantene pun Orbit murah skit, Pek Cornflakes+Honey Stars pun murah, Sabun Protex $2.40 3 free 1. Kat tpt lain xde yg beli 3 free 1. memangla x byk beza,tapi klu dh setiap item tu murah 20-30sen klu beli 50 items then berkali2 beli mestila kite bule menang harga lagi banyak.Lps tu aku considerkan yng Orbit ni dekat je dgn rumah more less 3km.pastu jln straight je dr simpang rumah Tanah Jambu tu,n xder langsung traffic light. senang pulak lagi parking kat Orbit ni.



Aku ni xder kene mengena dgn Orbit ni,takder kuntungan pun aku dpt dari mempromosikan Orbit ni. Tapi aku cume nak kongis benda yang baik utk kite semua. Sekurang2nya dptla kite berjimat cermat dgn berbelanja di tempat yang betul, dpt ape yang kite cari dan dpt pula berbelanja dgn harga yang berpatutan. silap2 sekali berbelanja dpt jimat Rm10, bule gune buat beli Nasi Katok berbungkus-bungkus!!hehehe...Wallahua'lam..


Hatta Mahfulz

Selasa, 4 Januari 2011

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

Satu lagi skim amanah di Malaysia yang menawarkan peluang kepada kaum bumiputera untuk melabur tanpa pening2 kepala saham jatuh ke naik ke...

Dengan izin Allah,dpt juga diberi rezeki utk sampai ke cawangan Maybank, Miri dan membuka akaun disana. Ader beberapa sebab kenapa aku nk invest dalam AHB ni. The reasons namely;

1) Patuh syariah. dulu aku ade melabur dalam ASB. tapi dh lame aku biarkan sebab ramai sgt berkata itu ini smpaikan aku rase was -was pulak jadinya. Alih2 ader plak AHB ni,so trusla aku labur.

2) Menawarkan dividen dan bonus walaupun aku rase tak sekonsisten as ASB. Tapi pade aku bulela sebagai pengganti ASB. Aku pulak masih lagi xder pelaburan lain, so the best way so far is AHB.

3) Maybank sbgai bank "pengantara". Aku x taula nak sebut dlm bahasa Finance ni. cume yang aku maksudkan, Maybank sbg bank yang uruskan kemasukan atau pengeluaran duit kite. Sbg bank yang terbesar di Malaysia, takla susah nak cari Maybank ni.kat mane2 ade.so senangla skit nak berurusan.

Di atas aderla 3 sebab utama aku melabur dalm AHB. Utk pengetahuan, AHB ni xder buku. jadi klu nak bukak akaun,kene ade akaun Maybank. so lepas melabur,akan di bagi resit dan dalam 2 minggu akn dihantar surat pengesahan yg kite ader akaun pelaburan dalam AHB ni.

Aku harap dan berdoa moga dimurahkan la rezeki dlm pelaburan yg x seberapa ni. Moga rezeki aku, isteri, anak dan family bertambah2 hendaknya..