Rabu, 8 Februari 2012

Insuran dan Tips

Dah hampir setahun aku menunggu untuk saat ini dan akhirnya Sabtu lepas, 4hb Feb aku berkesempatan jugak membawa Nana dan Dja ke Takaful Family untuk buat insuran pendidikan dan Life Insurance bersama-sama.



3 Polisi untuk Dja, Aku dan Nana.


Untuk Dja aku buatkan Takaful Pendidikan utk tempoh 15tahun. Manakala untuk aku dan Nana adalah Life Insurance+Saving. Di Malaysia pula kami memilih Etiqa yang mana aku telah pun mendaftar dari tahun 2007 dan Dja dari tahun 2011. Apa yang buleh aku share adalah tips untuk mengambil insuran ini adalah;


1)Buat survey sebelum mendaftar

-Dalam kes aku, aku dah buat survey dalam 5-6 bulan dengan cara pergi terus ke cawangan berdekatan tanya dengan frontdesk staff, telefon hotline atau dengan browse website. Dengan buat survey ini, kita akan dapat lebih info dan dapat membandingkan setiap ciri-ciri dan pakej yang ditawarkan oleh pihak syarikat insuran tersebut dengan yang lain


2) Bezakan dengan Insuran Hayat dan Simpanan

-Ini sangat penting sebab sekarang ini kebanyakan atau semua syarikat insuran menawarkan insuran berbentuk simpanan dan juga life insuran. Yang sangat membezakan antara kedua- duanya adalah takaful simpanan lebih berupa simpanan jangka panjang manakala insuran hayat pula adalah bayaran tambahan atau dipanggil "rider" ataupun perkataan yang lebih mudah adalah "add-on" untuk kita ambil sebgai persediaan yang mana jika berlaku kematian, kecacatan dan personal accident kita akan dapat sejumlah sumbangan. Tetapi, harus diingat, hanya takaful simpanan itu saja yang masih ada ditambah dengan bonus dari pihak insuran setelah sampai maturity period. Manakala "rider" ini tidak dikembalikan melainkan berlakunya sesuatu ke atas diri kita (mintak dijauhkan)


3) Fahami term insuran

-Adalah penting untuk kita sebagai pelanggan insuran untuk mengetahui perkataan atau term yang diguna pakai dalam insuran ini. Antaranya rider, peserta, premium etc. Ini supaya kalau agen insuran menerangkan tentang insuran ini, takla kita terpinga-pinga. Tapi kalau tak tau jugak, tanya je terus.


4) Buat budget sebelum mendaftar

-Setkan belanjawan kita berapa yang mampu dibayar setiap bulan utk polisi insuran ini. Pada aku lebih sikit pun takpe memandangkan polisi insuran ini juga bertujuan untuk simpanan jangka panjang. Pejam celik pejam celik dah sampai maturity period dan buleh keluarkan duit tersebut. Kalau sesuatu berlaku dapat jugak compensation.
-Kalau bule dalam sistem kewangan kita perlula ada insuran, simpanan dan sedikit pelaburan. Seperti yang selalu didengari, a common piece of financial advice says " Don't put all eggs in one basket". Maksudnya kalau dilihat dari sudut kewangan, jika kita ada duit lebih, masukkanlah duit kita tu dalam banyak tempat supaya memvariasikan lagi simpanan dan keuntungan kita untuk masa hadapan.


5) Syarikat insuran yang boleh dipercayai

-Pilih syarikat insuran yang telah lame berkecimpung dalam industri ini dan mempunyai review yang baik dari ramai respondance.


5 tips ini pastinya bukan yang terbaik. Lawatilah mana-mana website yang memang berkenaan dengan insuran ini. Lagi banyak kita tahu lagi bagus. Lepas dah ada insuran ini, jangan lupa untuk terus bertawakal, berdoa pada Allah agar dijauhkan segala musibah yang mengancam hidup kita sekeluarga. Sekian.


Wallahua'lam.