Assalamualaikum dan Salam Ramadhan utk semua..
Mesti ramai yang pelik dgn tajuk entri ni tapi bukan untuk orang Brunei sini kerana perkataan di atas sudah sebati dgn mereka. Jka dialihbahasa Melayu Malaysia; Piasau-Kelapa Muda, Gelaga-Tebu, Sikoi-Tembikai dan Tibada-Cempedak..saja aku bangkitkan perkataan ni disebabkan bulan Ramadhan ni kat mane2 ade je org jual Air Tebu,Kelapa Muda dan lain2.tapi aku akui banyak lagi jenis buah-buahan yang ade kat Brunei ni jarang atau xder kat Semenanjung Malaysia.cthnye buah Tampoi,Tarap,Kembayau....
Tapi interest aku kat entri kali ni adalah berkaitan dgn soal berbelanja untuk berbuka puase ataupun org Brunei lebih gemar menggunakan perkataan 'Sungkai'. 1 Ramadhan di Brunei jatuh hari Selasa.Kebetulan giliran aku utk menghantar juadah ke masjid utk majlis Tadarus Al-Quran, jadi kenalah aku beli sedikit makanan di pasar/bazar Ramadhan kerana senang sikit nak memilih sbb byk pilihan dan senang nak dpt parking. Jadi destinasi aku adelah pasar Ramadhan di kompleks Stadium Berakas.
Manusia,beribu-ribu (bak kate sorg budak pompun yang didukung atas bahu ayahnya)!!fuh.aku silap pilih mase datang daa...pkul 5.30pm baru sampai.tapi aku tertarik dgn manusia yang berpuasa,yg sedang lapar begitu mudah utk membeli makanan tanpa melihat kemampuan nak menghabiskan makanan tersebut..aduhaii!!..yang si ibu menuruti saja kemahuan anak yang terang-terangan kelihatan obes.mmm...yang dah beli roti canai,nak murtabak lagi.dh beli kebab nak roti john lagi.buleh kate setiap gerai jualan penuh je.tapi yang paling mendapat sambutan gerai-jual burger ngan kebab.nk beli kene Q.
Jadi kat sini aku terdetikla nak turunkan tips2 kepada yang nak ke bazar2 Ramadhan, adalah dicadangkan kepada anda 2 tips yang buleh mengelakkan anda berbelanja berlebihan sehingga jatuh kepada soal pembaziran (iaitu amalan yg syaitan galakkan);
1. Setkan dalam minda dan hati ape yang kite nak makan utk berbuka puase nanti. Kalau sekadar nak merase kuih2,cubela cari dikedai atau gerai berhampiran rumah sahaja. Jimat duit minyk,dpt kurangkan kesesakan dan dapat elakkan dari berbelanja yang berlebihan.
2.Jika sesuatu makanan yg diinginkan hanya terdapat di pasar, cube setkan jumlah duit yang mencukupi tetapi tidak berlebihan. Katekanlah $10, jadi msukkan duit $10 kedalam pocket dan gunakanla duit $10 ni ketika berbelanja.Klu tak abis baguslah, klu abis,terus balik.jgn cube2 nak bukak wallet anda.
Sekian utk entri 6 Ramadhan..Insyallah ader lagi lepas ni...
Hatta.Mahfulz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan