Rabu, 8 Februari 2012

Insuran dan Tips

Dah hampir setahun aku menunggu untuk saat ini dan akhirnya Sabtu lepas, 4hb Feb aku berkesempatan jugak membawa Nana dan Dja ke Takaful Family untuk buat insuran pendidikan dan Life Insurance bersama-sama.



3 Polisi untuk Dja, Aku dan Nana.


Untuk Dja aku buatkan Takaful Pendidikan utk tempoh 15tahun. Manakala untuk aku dan Nana adalah Life Insurance+Saving. Di Malaysia pula kami memilih Etiqa yang mana aku telah pun mendaftar dari tahun 2007 dan Dja dari tahun 2011. Apa yang buleh aku share adalah tips untuk mengambil insuran ini adalah;


1)Buat survey sebelum mendaftar

-Dalam kes aku, aku dah buat survey dalam 5-6 bulan dengan cara pergi terus ke cawangan berdekatan tanya dengan frontdesk staff, telefon hotline atau dengan browse website. Dengan buat survey ini, kita akan dapat lebih info dan dapat membandingkan setiap ciri-ciri dan pakej yang ditawarkan oleh pihak syarikat insuran tersebut dengan yang lain


2) Bezakan dengan Insuran Hayat dan Simpanan

-Ini sangat penting sebab sekarang ini kebanyakan atau semua syarikat insuran menawarkan insuran berbentuk simpanan dan juga life insuran. Yang sangat membezakan antara kedua- duanya adalah takaful simpanan lebih berupa simpanan jangka panjang manakala insuran hayat pula adalah bayaran tambahan atau dipanggil "rider" ataupun perkataan yang lebih mudah adalah "add-on" untuk kita ambil sebgai persediaan yang mana jika berlaku kematian, kecacatan dan personal accident kita akan dapat sejumlah sumbangan. Tetapi, harus diingat, hanya takaful simpanan itu saja yang masih ada ditambah dengan bonus dari pihak insuran setelah sampai maturity period. Manakala "rider" ini tidak dikembalikan melainkan berlakunya sesuatu ke atas diri kita (mintak dijauhkan)


3) Fahami term insuran

-Adalah penting untuk kita sebagai pelanggan insuran untuk mengetahui perkataan atau term yang diguna pakai dalam insuran ini. Antaranya rider, peserta, premium etc. Ini supaya kalau agen insuran menerangkan tentang insuran ini, takla kita terpinga-pinga. Tapi kalau tak tau jugak, tanya je terus.


4) Buat budget sebelum mendaftar

-Setkan belanjawan kita berapa yang mampu dibayar setiap bulan utk polisi insuran ini. Pada aku lebih sikit pun takpe memandangkan polisi insuran ini juga bertujuan untuk simpanan jangka panjang. Pejam celik pejam celik dah sampai maturity period dan buleh keluarkan duit tersebut. Kalau sesuatu berlaku dapat jugak compensation.
-Kalau bule dalam sistem kewangan kita perlula ada insuran, simpanan dan sedikit pelaburan. Seperti yang selalu didengari, a common piece of financial advice says " Don't put all eggs in one basket". Maksudnya kalau dilihat dari sudut kewangan, jika kita ada duit lebih, masukkanlah duit kita tu dalam banyak tempat supaya memvariasikan lagi simpanan dan keuntungan kita untuk masa hadapan.


5) Syarikat insuran yang boleh dipercayai

-Pilih syarikat insuran yang telah lame berkecimpung dalam industri ini dan mempunyai review yang baik dari ramai respondance.


5 tips ini pastinya bukan yang terbaik. Lawatilah mana-mana website yang memang berkenaan dengan insuran ini. Lagi banyak kita tahu lagi bagus. Lepas dah ada insuran ini, jangan lupa untuk terus bertawakal, berdoa pada Allah agar dijauhkan segala musibah yang mengancam hidup kita sekeluarga. Sekian.


Wallahua'lam.

Isnin, 30 Januari 2012

Ada apa dengan 6.1.2012???

Entri ini agak lewat aku keluarkan walaupun entri ini berkaitan dengan sesuatu yang telah berlaku pada 6.1.2012. Ape ade dengan tarikh ini?..

Inilah tarikh yang mane bapak dan adik aku, Fadhli, telah mengambil kunci rumah dan merasmikan rumah tersebut bersama-sama dgn staff Sime Darby Bandar Baru Bukit Raja. Alhamdulillah, penantian selama lebih kurang 1 tahun 6 bulan berakhir dgn adanya kunci rumah tersebut.
Mengikut laporan adik aku, adelah sikit2 defect rumah tersebut tetapi bukanlah major defect. Ade 2 yrs liability period yang mane klu ada defects yang lain,bule saje aku report dan pihak maintenance Sime Darby akan uruskan dalam tempoh 2 tahun (harapnye betulla).

Cuti Chinese New Year 23rd Jan aritu mak bapak aku telah menjemput makcik aku, Bik Linda yang juga architect bertauliah utk buat check kat rumah aku tu. byk jugak kate Bibik yang perlu dilaporkan. Dalam sesi lawatan itu juga,dilaporkan sorangg lagi auntie aku iaitu Bik Ros bersame dgn anak2 yang super cool turut same menyertai lawatan tersebut. Argghh!! tak sabar ni aku nak balik Klang, tgk rumah tu. Pastu aku nak report2 mane yang patutla. Di bawah adelah gmbr2 yg diambil oleh adik aku sepanjang lawatan beliau bersame kaum kerabat aku.




Alhamdulillah, Thank You Allah (meminjam lagu Raihan), lagi sekali Allah memberi "pinjam" nikmatnye pade aku kat dunia ni. Harap aku dapat mengguna pakai nya dengan penuh amanah, memberi manafaat pade org Islam yang lain. Lagi sekali, Alhamdulillah..


P/s: masih terfikir2 nak jual ke nak sewa, jual ke sewa, jual ke sewa???????



Wallahua'lam.

Selasa, 10 Januari 2012

Rugi $5.60

Entri kali ni merujuk kepada $5.60. Apa ada dengan $5.60 ni?.mungkin jumlah ni sikit je pade sesetengah orang, tapi pade aku jumlah ni banyak sebabnye aku hilang $5.60 ni for nothing!!.























Cube perhatikan betul2 gmbr di bawah, itulah resit pembelian aku 7hb Januari lepas. Cube tengok kat item no.10 Egg Grade 'A', ade question mark lagi tu. Question mark tu aku buat sebab cashier Orbit tu tag item tu 2 kali. padehal aku beli satu tray jer.Harga 2 tray dah jadi $11.20. Tu yang buat aku rugi $5.60.

Aku sedar kesilapan ni 2 hari selepas aku beli. Nak gi balik Orbit sekadar nak tanya pasal hal ni pade aku keputusan yang kurang bermutu tinggi sbb nak kene redah jem orang balik keje. aku plak penat keje lagi. Harapnya weekend ni klu beli belah kat situ, dapatla aku argue balik dan yang paling penting re-fund!!

Kepada anda sume, jangan lupe check balik resit item satu persatu sebab kadang2 cashier mungkin tersilap tag dan sebagainya. Lagi byk item kite beli lagi tinggi chances nak silap tu. Juga jangan lupe periksa harga tu betul tak dengan tagging price yang di bahagian anda mengambil barang tersebut. Tanpa disedari harga lain dari system cashier dan bule jadi budget anda pun lari sekali


Wallahua'alam.

6 Januari 2012- Satu Episod Baru dalam hidup aku

Alhamdulillah...6hb Januari lepas dah confirm yang rumah kat Bandar Bukit Raja aku dah sah menjadi milik aku. Bapak dan adik bongsu sebagai wakil aku untuk ambil kunci di bahagian Customer Service.

Selepas lebih kurang 2 tahun (bulan Januari 2010 sign SnP), baru lah dapat kunci. Masih lagi terfikir2 untuk sewakan atau pun jual balik. Tawaran nak beli rumah tersebut mencurah2, tapi berat hati aku nk jual rumah ini sbb begitu significant dalam hidup aku..kerana apa?

1. Sebagai simbolik jerih payah menyimpan duit - Walaupun aku beli rumah dgn berhutang,tapi deposit dan fees yang lain aku bayar menggunakan duit sendiri. Duit deposit rumah ni hasil daripada simpanan aku dr kecik, bukan dr aku start aku keje. Aku korek TH dan ASB nak byr deposit, lawyer fees sume. Alhamdulillah Allah swt bagi kemudahan utk aku bayar semuanya.

p/s: Credit kepada mama yang mengajar utk hidup dgn berjimat cermat.

2. Rezeki dan kemudahan lepas kahwin - Betul yang telah dikatakan, perkahwinan memberi byk rezeki. Aku kawin bulan 7, 2010, acara belah aku plak bulan 10, 2010, fuh memang byk duit nak guna.tapi dgn izin Allah, semua itu dipermudahkan. Aku x perlu pinjam meminjam, tak perlu ambil pinjaman peribadi dan tak perlu berhutang dgn mana2 pihak, tapi dapat kawin lepas selang 2-3 bulan beli rumah pulak. Thank you Allah!!!Ramai woo yang berhutang lepas kawin. Bukan hutang rumah, tapi hutang personal loan ngan hutang kawan2 sbb nak kwin. Anak dah masuk sekolah, hutang x abis2 lagi.

p/s: Kawin ikut kemampuan, jadikan amalan menyimpan sbgi budaya, tawakal, doa bnyk2..InsyaAllah, Allah cukupkan mane yang x cukup.

InsyaAllah di tahun baru 2012 ni,aku nak tgktkan azam nak beli lagi satu rumah (kalau diizinkanNya) dan kalu dpt,aku bulehlah start dgn flipping bisnes aku nanti..Amin!!!

Wallahua'lam...

Lampin Pakai Buang - Bolehkah berjimat dengannya?

Pampers,Huggies,Drypers,MamyPoko..brand2 lampin pakai buang (LPB) yang tak asing lagi dikalangan ibubapa yang mempunyai anak kecil. Ini adalah barang rutin yang perlu dibeli setiap kali ke pasaraya utk membeli belah. Tapi bolehkah kita berjimat jika menggunakan LPB ini?..

Ade orang cakap, kalau paling senang nk berjimat adalah "Alaaa, pakai je kain lampin mcm budak dulu2 atau pun beli saja yang cap ayam yang kadang2 ade dijual kat tepi2 jalan". Memang betul, bule, cume kaedah menggunakan lampin biasa itu dah kurang praktikal terutamanya untuk ibu2 yang bekerja. Yelah, kalau anak terbuang air besar 4,5 kali sehari payah jugak tu. Kaedah yang kedua pulak mcm kesian kat anak sbb secara jelas kita sedar kualiti yang branded dgn yang biasa amat ketara. Kesian anak2 kecik gatal2 kat bahagian punggung, peha semua..












Berikut adalah tips2 yang mungkin boleh dipraktikkan kepada ibu bapa yang membeli LPB;
1. Yang paling sesuai - Cari LPB yang paling sesuai utk anak2. Tak semestinye yang paling mahal tu sesuai utk anak2. Kualiti LPB lebih bertumpu kepada bentuk, design, kadar serapan, dan kesesuaian dengan kulit anak tersebut. Mulakan dgn yang brand biasa2,cube pakaikan, klu kualitinya x jauh berbeza pada harga yang lebih murah dr yang lain, maka ianya boleh dipertimbangkan.
*Pengalaman tentang design - Pernah gunakan Drypers tapi design hujung bahagian pelekat agak keras dan melukakan kulit baby aku. Tapi kadar serapan amat baik.

2. Bandingkan harga sekeping - Kalau hendak buat perbandingan, yang paling mudah dan efektif adalah dengan pengiraan harga sekeping LPB. Cthnya; untuk Huggies L64=RM35 jadi harga sekeping adalah 54sen (RM35/64).

3. Alert dgn iklan - Kadang2 sebelum kita pergi beli belah,baik tgk2 suratkhabar especially hujung atau awal bulan sebab byk pasaraya yang buat offer harga murah. Amik kesempatan ni beli mungkin 2-3 unit sekaligus kalau ianya betul2 di bawah harga pasaran sebenar. Aku pernah ter"bump" dgn iklan di Cafu yang offer betul2 murah satu jenama ni. Bule kate RM5+ lebih murah. Secara kebetulan aku ke situ, terusla beli. Tapi tips ini janganla diamalkan sekiranya anda x ade hati nak berbelanja, karang sekadar nak beli LPB, masa, tol, duit mnyk, duit parking sume dah same harga dgn harga biasa.

4. Alert dgn jadual "pelaburan" anak anda - Untuk tips yang ini, anda belilah lampin yang berjenama dan satu lagi yang cap Ayam. Selalunye ibu2 tau tu bila anak kencing atau berak. Tempoh waktu malam adalah lebih panjang, jadi gunakanlah LPB yang branded yang lebih selesa utk anak anda tidur malam. Pagi -pagi bulehla tukar kepada yang murah saja sbb pagi tu mungkin akan 'terberak' dalam beberapa jam lagi. Jadi, dari situ anda dapat krgkan penggunaan LBP yang branded. Dengan cara ini, daripada anda menggunakan 4-5 pcs LPB yang branded anda dpt krangkan kepada 2-3pcs.

Tips ini tercetus daripada pengalaman. Apapun, terpulang kepada kemampuan kite semua untuk berbelanja dengan berhemah, berjimat tanpa melupakan hak sebagai ibubapa yang bertanggungjawab memberi yang terbaik utk anak2.

Wallahua'lam..