Isnin, 30 Januari 2012

Ada apa dengan 6.1.2012???

Entri ini agak lewat aku keluarkan walaupun entri ini berkaitan dengan sesuatu yang telah berlaku pada 6.1.2012. Ape ade dengan tarikh ini?..

Inilah tarikh yang mane bapak dan adik aku, Fadhli, telah mengambil kunci rumah dan merasmikan rumah tersebut bersama-sama dgn staff Sime Darby Bandar Baru Bukit Raja. Alhamdulillah, penantian selama lebih kurang 1 tahun 6 bulan berakhir dgn adanya kunci rumah tersebut.
Mengikut laporan adik aku, adelah sikit2 defect rumah tersebut tetapi bukanlah major defect. Ade 2 yrs liability period yang mane klu ada defects yang lain,bule saje aku report dan pihak maintenance Sime Darby akan uruskan dalam tempoh 2 tahun (harapnye betulla).

Cuti Chinese New Year 23rd Jan aritu mak bapak aku telah menjemput makcik aku, Bik Linda yang juga architect bertauliah utk buat check kat rumah aku tu. byk jugak kate Bibik yang perlu dilaporkan. Dalam sesi lawatan itu juga,dilaporkan sorangg lagi auntie aku iaitu Bik Ros bersame dgn anak2 yang super cool turut same menyertai lawatan tersebut. Argghh!! tak sabar ni aku nak balik Klang, tgk rumah tu. Pastu aku nak report2 mane yang patutla. Di bawah adelah gmbr2 yg diambil oleh adik aku sepanjang lawatan beliau bersame kaum kerabat aku.




Alhamdulillah, Thank You Allah (meminjam lagu Raihan), lagi sekali Allah memberi "pinjam" nikmatnye pade aku kat dunia ni. Harap aku dapat mengguna pakai nya dengan penuh amanah, memberi manafaat pade org Islam yang lain. Lagi sekali, Alhamdulillah..


P/s: masih terfikir2 nak jual ke nak sewa, jual ke sewa, jual ke sewa???????



Wallahua'lam.

Tiada ulasan: