Assalamualaikum,
1) Dah lebih setahun tak menulis dalam blog ni. Pd 8Mac 2014 pesawat MAS, MH30 dari Kl-Beijing dilaporkan tidak dapat dikesan. Dan selpas 18 hari berlalu, 24.3.14, PM Najib telah pon mengumumkan secara rasmi penerbangan tersebut berakhir di Lautan Hindi dan dipercayai terhempas.
![]() |
| Antara gmbar popular untuk mengenang MH370 |
2) Tiada sesiapa pun yang selamat. Kepada ahli keluarga di ucapkan takziah. Dan kepada mangsa yg beragama Islam disedekahkan Al-Fatihah, moga mereka semua tergolong dikalangan orang-orang yang beriman hendaknya. Al-Fatihah.
3) Dalam tempoh 17 hari terlalu banyak spekulasi berlegar mengenai kehilangan pesawat ini. Teknologi WhatsApp, FBook dan Twitter lebih cepat daripada berita-berita yang dikeluarkan daripada media.
4) Aku ada 5 groups dalam WhatsApp (SKBB, Teknik, DJA, Uni10 dan MWH Brunei). Boleh dikatekan setiap hari ada sajer berite terkini dan spekulasi yg disebarkan melalui teknologi whatsapp ni. Spekualsi mengenai kapal terbang mendarat di Naning, di San Diego, di Russia. Kemudian ader pulak spekulasi kpl terbang di rampas.
5) Ape yang pasti, perkara yang kite terime perlulah dianalisa,diselediki dahulu sblum disebarkan kpd yang lain. Pade aku x salah untuk sebarkan prkr yg betul yang tidak menyalahi polisi Islam spt fitnah dan hasad.
6) Siasatan kerajaan juga mndpati terdapat 2 org di dalam pesawt tersebut menggunakan pasport org lain. 2 org tersebut adelah warganegara Iran. Mcmmanela perkara ini boleh berlaku? Jika tidak krn peristiwa ini, aku rase sistem pengenalan diri penumpang di KLIA pasti takkan berubah. Aku harap sgt spls ni kwln lebih ketat dan terperinci dpt dibuat di KLIA supaya penerbangan dijamin selamat.
7) Dlm temph ini juga, sekumpulan bomoh hadir ke KLIA utk cuba menolong mencari kpl terbang tersebut. Dgn menggunakan peralatan yang pelik, dan berkelakuan tidak senonoh, mereka ini melakukan amalan ritual yg kononnya sedang mncari pesawat yg hilang. Sungguh memalukan pihak kerajaan Malaysia dan agama Islam khususnya. Apekah pandangan org bukan Islam terhadap org Islam disebabkan perlakuan ini?
![]() |
| Aksi Bomoh mencari MH370. Asthagfirullah.. |
8) Politik tidak dapat dipisahkan. Itulah yg terjadi apabila ade yg terlalu obses politik melihat kejadian ini dr sudut politik semata-mate. Pada yg sokong Pakatan Rakyat (PR), mereka mngtakan ini adelah konspirasi kerajaan Barisan Nasional (BN) untk mengalihkn pndgan rakyat daripada isu Anwar Ibrahim yang didapati bersalah dan di jel 5 tahun atas kesalahan meliwat. Hukuman tersebut dijatuhkan sehari - dua sebelum kejadian MH370 ini. Pd yng sokong BN pula mengatakan Kptn Zahirie, yg mengemudi kpl trbg tersebut terlibat dlm konspirasi menjtuhkan kerajaan bersama PR kerana umum mengetahai Kptn Zahirie adelah penyokong PKR.
9) Pada 24hb February 2014 kire-kire 2 minggu sblm kejadian ni, kami sekeluarga balik ke Malaysia menggunakan MAS, Rase sedih bile pramugari MAS mnghidangkan air Tiger Beer kpd penumpang yg bukan Islam. Dgn tangan yg sama, menghidangkan pula air jus kpd yg Islam. Moga dgn peristiwa ni, apelah kirenye klu pihak pengurusan MAS dpt pertimbangkan utk tidak menghidangkan air alkohol di dlm penerbangan. Moga2 setiap penerbangan dirahmati oleh Allah swt.
10) Walau apepon, Malaysia dgn bantuan pakar dan negara lain yg terlibat dlm operasi SAR (Search and Rescue) ini telah melakukan sedaya yg mungkin utk mncari bangkai kpl. Kite berharap tiada lagi kejadian seumpama ini berlaku. Kwalan keselamatan lebih baik, penerbangan lebih selesa dan pastinya penerabngan yang disertai dgn rahmat dan keberkatan dari Allah swt. DaripadaNya kite datang, dan kepadanya kita kembali. Innalillahi Wainnahila Hirhojiun..AL-Fatihah kepada mangsa MH370.
Wallahua'alam..
Hatta, 25.3.14.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan