Selasa, 22 Ogos 2017

Bulan kemerdekaan Malaysia tiba lagi. Meriahnya Aidiliftri yang disambut baru-baru ini adalah salah satu hadiah daripada  keamanan dan kemerdekaan yang kita ada hari ini.
Dalam suasana aman ini, masih lagi ramai yang dangkal fikirannya, yang berlumut akalnya. 

Ketika Malaysia dan Korea Utara dalam krisis diplomatik yang agak tegang 6-7 bulan yang lepas, ramai Si Dangkal menyeru negara untuk berperang. Tiada doa keselamatan untuk negara sebaliknya seruan untuk peperangan dilaungkan. Pelik. Sungguh si Dangkal2 ini tak pernah merasakan sengsara peperangan, mungkin juga dah letih nak hidup makanya bersungguh si Dangkal2 ini mahukan peperangan.Ada peluang untuk mati katanya mungkin. 

Dari buku Memoir Rashidah Ismail -Pendeta Za’ba 
“Dalam perjalanan menyelamatkan diri dgn kereta tua keluarga kami, jalan rayanya tiada rupa jalan raya lagi. Bangunan dan rumah ranap hangus. Asap berkepul sana sini. Anak-anak kecil yg kehilangan ibubapa dan keluarga menangis sendirian di jalanan, ditengah2 bangkai bangunan dan mayat. Aduh!Sungguh dahsyat. Tiada siapa terfikir hendak turun selamatkan anak kecil itu kerana masing2 hanya ingatkan nyawa sendiri…” Memoir Rashidah Ismail – Pendeta Za’ba, M/S 69

Excerpt from a Bibliography of Baey Lian Peck - Serving a New Nation.
“Once, Japanese soldiers came into a coffee shop and ordered everyone to stand up. I was very young so I was allowed to move away. The rest were ordered to line up and hold up their left hand. The officer walked down the row of men, carrying a big cloth sieve. The soldier took off watches from those standing there. Someone further along the queue took off his watch and hid it in his pocket. The soldier didn’t show any change in expression, but when he got to that man, the soldier chopped his hand off and dropped in into the sieve.” Serving a New Nation, Page 7.

Inikah yang si Dangkal mahukan? Tengah makan elok-elok dalam restoran,askar datang potong tangan kau. Tengah elok-elok belajar dalam kelas, bom gugur,mati semua. Doa untuk kebaikan tiada, peperangan pula yang dipintanya…

Tontonlah juga dokumentari the Fall of Penang. Kerana peritnye peperangan, sampaikan insan-insan yang melaluinya sampai ke hari ini cukup benci dgn pperangan. Bukan sahaja peperangan, dengar perkataan Jepun dan barangan “Made in Japan” pon sudah dibencinya. 

Keamanan itu salah satu nikmat terbaik dlm hidup, jika tidak tahu dan kenal peperangan, maka bukalah buku dan bacalah sejarah, lihatlah dan tanyalah kpd manusia yg pernah melaluinya..

Bijak pandai berkata, “jika kamu sudah melalui tiga proses ini; Ketika kamu kecil,kamu bebas bermain, ketika kamu menginjak dewasa, kamu bebas menimba ilmu, dan bila kamu dewasa, kamu bebas bekerja, bekeluarga dan beribadah mengikut batasan yang kamu pilih, maka itulah balasan dan bukti keamanan untuk kamu"

Raikanlah keamanan dan keharmonian ini dengan penuh rasa syukur. Moga ianya dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

Salam Keamanan dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.
Hatta Mahfulz,

Bdr Seri Begawan, 22/8/2017.

Tiada ulasan: