Selasa, 22 Ogos 2017

Cuti-cuti ke Labuan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera

Cuti sekolah di Brunei bermula 17hb-31hb Mac 2017. Kebetulan waktu ni di pejabat sangat sibuk menyediakan Tender Dokumen yang harus disiapkan awal minggu April. Anak-anak pula ajak tidur hotel dan yang paling penting nak berenang di swimming pool.

Awalnya kami merancang untuk ke Kota Kinabalu (KK). Tapi kerana kesibukan dan tak dapat cuti panjang, kami memilih Labuan. Ini adalah trip ke 2 aku dan family ke Labuan selepas 2012. Masa tu Umar belum lahir. Maka ini pengalaman pertama untuk Umar menaiki feri ke sana.

Berikut merupakan kronologi sepanjang percutian kami di Labuan:

16 Mac 2017
Aku booked hotel pada 16hb Mac untuk penginapan satu malam iaitu 23hb - 24hb (2 hari 1 malam). Tempahan melalui Expedia pada harga BND70 (RM210).

17 Mac 2017
Untuk kenderaan di Labuan, aku booked kereta Viva 850 manual (RM55/mlm + RM5/hours) Total RM70. Booking dilakukan secara online melalui www.keretasewalabuan.com  dan bayar ketika mengambil kereta tersebut. Aku tambah extra 3 jam dari pukul 12tghari (sampai di Labuan) sehingga 3petang keesokannya.

22 Mac 2017
Tiket feri aku beli di pejabat urusan PKL Jaya untuk feri penumpang "Shuttle Hope". Harga semua adalah B$38 [ Dewasa (B$15/pax = B$30), 1 Kanak-kanak (B$8/pax)]. Umar berusia 3tahun 3 bulan dapat percuma walaupon sepatutnya dikenakan bayaran. Tiket sebenarnya boleh beli di kaunter di terminal pada hari berlepas, tapi aku tak nak ambil risiko kemungkinan tiket habis sebab cuti sekolah.
Untuk ke Labuan terdapat 2 jenis pengangkutan laut.
1. Feri (Penumpang + Kenderaan)
    Untuk sampai ke Labuan makan masa 2jam dgn menaiki Feri,
2. Bot laju (Penumpnag sahaja).
    Jika gunakan bot laju, perjalanan hanyalah selama 45minit.

Untuk keselesaan,kami pilih feri sebab boleh jalan-jalan keluar melihat lautan,ambil udara dan tak rigid pada sesuatu tempat saja.

Tiket Feri "Shuttle Hope" dari PKL Jaya


23 Mac 2017

8.30pagi 
Kami sampai di Terminal Serasa. Kredit untuk ayah dan mama mertua yang menghantarkan kami ke terminal. Aku membayar tax berjumlah B$8 @ $2/pax. Untuk info, Kaunter PKL Jaya dan money changer hanya bersebelahan. Aku terus ambil peluang untuk menukar duit RM pada kadar B$1 = RM3.10.

8.50pagi
Semua penumpang dipanggil untuk masuk feri. Kami melalui imegresen, dan kemudian kastam untuk periksa barang2 yang ada di dalam beg setiap penumpang. Agak lama di dalam feri, hanya selepas 40minit kemudiannya feri berlepas.

Dapat seat cushion dan dibaris pertama dan kedua 

Keadaan dalam feri. Di tengah-tengah ada mini canteen menjual makanan dan minuman ringkas

Kami bergambar di luar feri. Kebetulan di belakang kapal atau barge mengangkut pasir menghala ke Brunei

Kelihatan Oil Rig Deepwater Nautilius


11.50pagi
Terminal  feri di Labuan ni ada 2 dan terletak bersebelahan satu sama lain.
1. Satu terminal khas untuk bot penumpang. Ini adalah terminal utama yang dinamakan Terminal Feri Antarabangsa Labuan. Disinilah terminal utk bot2 laju kecil dari Muara, Menumbok akan berlabuh. Disinilah juga tempat untuk membeli coklat-coklat,kraftangan, sewa kereta, kedai telefon dan kedai serbaguna
2. Satu lagi terminal untuk feri kenderaan+penumpang. Untuk penumpang feri+kenderaan, kena beli tiket di sini.

Sampai di Terminal Labuan, perkara pertama aku hubungi pihak kereta. Malangnya kereta yang aku booked tu tak available dan pengusaha kereta itu mendakwa die dah mesej aku 2-3 hari sebelum itu. Walhal aku tak terima satu mesej pon dan malas aku nak argue lagi. Terus kami ke Terminal Utama untuk mencari kereta sewa. Alhamdulillah ada.

Ada 4 syarikat beroperasi dan booth mereka terletak di sebelah kanan terminal. Aku memilih syarikat Jiwaja Rent A Car Sdn Bhd [Call 014-3780488 (Jenny)]. Aku pilih kereta Saga FLX Auto dan dikenakan caj RM80 [RM60/day + extra RM10/hour]. Diskaun RM10.

Selain itu ada syarikat sewa kereta Maju Harmoni Tour & Travel Sdn Bhd [Call Terminal 019-8219969/016-8069969]

Resit sewa kereta. Bolelah jadikan rujukan untuk sewa kereta jika ada peluang lagi ke Labuan

Kereta sewa kami Proton Saga FLX. Mileage baru 50K+ km jadi kondisi kereta masih elok

12.30tghari
Lunch di Raff Restoran.Terletak sebaris terminal lebih kurang 50meter dari terminal feri bersebelahan Surau Terminal. Boleh tahan sedap. Untuk makanan kami, bersama 2 minuman (Teh O Ais Limau ) dikenakan RM22.50

Makanan tengah hari kami di Raff Restoran. Sedap. 


1.30 petang
Memandangkan check-in hanya pada pukul 3pm, kami terus menuju ke Taman Burung Labuan. Kene caj RM7 [RM3/dewasa, kanak2 RM1/pax]. Jarak dari bandar Labuan ke Taman Burung adalah dalam 20-25km (30minit perjalanan). Ia terletak ke utara dan hampir ke penghujung pulau Labuan,





Gambar-gambar di dalam Taman Burung. Banyak juga spesis yang ada di sini. 

2.50 petang
Sampai di Hotel Billion. Solat dan rehat sekejap. Pukul 4.30petang kami ke Ujana Kewangan yang lebih kurang 5minit saja dari hotel kami. Tujuannya untuk membeli pelampung Dija dan Umar. Ada di Parkson dan ambil peluang ke kedai coklat SkyPark.
Hotel terletak bersebelahan dengan Marina Labuan. Jarak jeti ini dengan swimming pool hanyalah dalam 10meter

Pandangan dari bilik hotel di tingkat 1.Tak sampai 3 minit dari bilik kami  

Pandangan dari parking kereta. Hotel yang ringkas. 


Dalam kedai "SkyPark" di Ujana Kewangan

Dalam pukul 6 petang,kami sudah di hotel dan bersiap untuk mandi di swimming pool. Agak lambat,tapi masih ramai di pool.

Sedikit info berkenaan Billion Waterfront ini, diiktiraf sebagai 4-star hotel, lokasinya lebih kurang 1.5km dari Terminal feri. Untuk yang tidak berkereta, mungkin lebih baik memilih tinggal di Aifa Hotel, Labuan Point sebab betul-betul di pusat bandar Labuan. Billion Hotel menghadap laut. Untuk ke Ujana Kewangan hanyalah dalam 100meter, dipisahkan oleh Dorsett Hotel dan sebuah taman pokok-pokok. Billion Hotel lebih murah berbanding Dorsett (Mengikut survey harga yang aku buat, beza harga mencecah B$50)

Komen negatif aku hanyalah pada tahap kebersihan swimming pool nye yang agak tak terjaga. Memandangkan ianya adalah open pool, maka banyak tumbuhan2 liar,rumput yang tidak dipotong di sekitar pool.

8.15 malam
Tak sah kalau ke Labuan tak makan seafood. Masa sampai di terminal siang tadi,aku tanya kepada seorang pakcik yang rekomen Anjung Ketam. Anjung Ketam terletak lebih kurang 15km dari bandar Labuan melalui Jln Kg Tanjung Ara. Restorannya terletak agak ke dalam dan melalui 5-7 buah rumah kampung. Di sebelah jalan masuk adanye "tugu" ketam menandakan jalan masuk ke restoran itu. Perlu diketahui di Anjung Ketam ni, ada 4 kedai yang beroperasi secara berlainan. Sudah tentu harga dan kualiti masakan masing-masing lain.  Aku teringin nk makan satak. Boleh tengok gambar resit ape yang aku ambil.

Anjung Ketam dipenuhi pelanggan. Kedai paling hujung sebelah kiri sudah kehabisan makanan. 

Aku pilih kedai No.1 dua dari sebelah kanan 

Selepas makan.....

Ikan-ikan yang aku ambil dan jumlah caj yang dikenakan
Aku bagi rating 6.5/10. Kurang markah pada ikan kerapu masak steam halia, kelambatan masak dan layanan yang kurang mungkin disebabkan ramai pelanggan waktu ini. Ikan kerapu hanya sampai selepas 20minit hidangan nasi,sotong,satak. Fresh orange juice pulak bila kami order, tau-tau diorang sediakan dalam jag besar tanpa pemberitahuan awal-awal.

Yang bagi markah tinggi adalah satak masak salted butter egg dan sotong goreng. Stong goreng tak habis,jadi aku bawa balik hotel.



24hb Mac 2017

7.00 pagi
Kami berSarapan di hotel. Agak ringkas menunya tapi mencukupi untuk kami. Berjalan disekitar hotel,dan di jeti. Pagi itu juga aku ke Terminal Feri untuk beli tiket feri balik ke Brunei. Tiket feri balik ke Brunei berjumlah RM100 [2 Dewasa @RM35/pax, 2 Kanak-kanak @RM15/pax].
Kemudian kami balik  ke hotel untuk mandi di swimming pool dan rehat. Minta kebenaran utk check out pukul 1petang sebab nak menyempatkan waktu Zuhur.

1.00 tengahari
Kami ke Muzium Marin Labuan. Free admission. Yeay! tapi terfikir2 jugak kalaula dikenakan caj minumum RM1 setiap pelawat, mungkin boleh jugak dijadikan pendapatan untuk mereka. Mengikut rekod kedatangan pelancong ke sana, di catatkan bulan February saja ada dalam 8000 pengunjung.
Belangkas dan pelbagai hidupan laut menerima tetamu mengingatkan pada Aquaria KLCC yang menayangkan hidupan laut secara terbuka di bahagian pintu masuk.

Salah satu bahagian hidupan laut di Muzium Marin Labuan

40minit kami di Muzium Marin, bergegas untuk lunch dan pulangkan kereta. 2 petang kami sudah di parking kereta bersebelahan Terminal feri tersebut. RM0.50/sejam pertama dan RM0.50 untuk setengah jam berikutnya. Murah kan? Kami makan di KFC Labuan. Pukul 3 kami memulangkan kereta dan berjalan ke terminal untuk pemeriksaan imegresen.

Pejabat dan kaunter imegresennya ringkas, simple, flimsy dan agak tidak teratur pada pandangan aku. Tiada kastam untuk memeriksa setiap beg barangan penumpang. Selepas pasport di cop,kami menunggu saja sehingga feri "Shuttle Hope" sampai.

Usai sudah percutian kami di Labuan. Untuk percutian singkat 2hari 1 mlm, bolehlah aku katakan hampir 80% tempat2 utk dilawati telah kami singgah. Mungkin kalau cuti kami 3hari 2 malam, kami boleh lengkapkan keseluruhan tempat utk dilawati di Labuan.Apa yang pasti,aku dan family sangat senang di Labuan, keramahan penduduknya, takde jem di jalan menjadikan situasi cuti-cuti singkat kami sangat bermakna di sana.
Antara gambar terakhir sebelum berlepas pulang. Selamat tinggal Labuan!

Kami berlepas lebih kurang pukul 4.15pm Sepanjang perjalanan hujan dan agak berkabus. Alhamdulillah kami selamat sampai di Brunei jam 6.30pm.




Bulan kemerdekaan Malaysia tiba lagi. Meriahnya Aidiliftri yang disambut baru-baru ini adalah salah satu hadiah daripada  keamanan dan kemerdekaan yang kita ada hari ini.
Dalam suasana aman ini, masih lagi ramai yang dangkal fikirannya, yang berlumut akalnya. 

Ketika Malaysia dan Korea Utara dalam krisis diplomatik yang agak tegang 6-7 bulan yang lepas, ramai Si Dangkal menyeru negara untuk berperang. Tiada doa keselamatan untuk negara sebaliknya seruan untuk peperangan dilaungkan. Pelik. Sungguh si Dangkal2 ini tak pernah merasakan sengsara peperangan, mungkin juga dah letih nak hidup makanya bersungguh si Dangkal2 ini mahukan peperangan.Ada peluang untuk mati katanya mungkin. 

Dari buku Memoir Rashidah Ismail -Pendeta Za’ba 
“Dalam perjalanan menyelamatkan diri dgn kereta tua keluarga kami, jalan rayanya tiada rupa jalan raya lagi. Bangunan dan rumah ranap hangus. Asap berkepul sana sini. Anak-anak kecil yg kehilangan ibubapa dan keluarga menangis sendirian di jalanan, ditengah2 bangkai bangunan dan mayat. Aduh!Sungguh dahsyat. Tiada siapa terfikir hendak turun selamatkan anak kecil itu kerana masing2 hanya ingatkan nyawa sendiri…” Memoir Rashidah Ismail – Pendeta Za’ba, M/S 69

Excerpt from a Bibliography of Baey Lian Peck - Serving a New Nation.
“Once, Japanese soldiers came into a coffee shop and ordered everyone to stand up. I was very young so I was allowed to move away. The rest were ordered to line up and hold up their left hand. The officer walked down the row of men, carrying a big cloth sieve. The soldier took off watches from those standing there. Someone further along the queue took off his watch and hid it in his pocket. The soldier didn’t show any change in expression, but when he got to that man, the soldier chopped his hand off and dropped in into the sieve.” Serving a New Nation, Page 7.

Inikah yang si Dangkal mahukan? Tengah makan elok-elok dalam restoran,askar datang potong tangan kau. Tengah elok-elok belajar dalam kelas, bom gugur,mati semua. Doa untuk kebaikan tiada, peperangan pula yang dipintanya…

Tontonlah juga dokumentari the Fall of Penang. Kerana peritnye peperangan, sampaikan insan-insan yang melaluinya sampai ke hari ini cukup benci dgn pperangan. Bukan sahaja peperangan, dengar perkataan Jepun dan barangan “Made in Japan” pon sudah dibencinya. 

Keamanan itu salah satu nikmat terbaik dlm hidup, jika tidak tahu dan kenal peperangan, maka bukalah buku dan bacalah sejarah, lihatlah dan tanyalah kpd manusia yg pernah melaluinya..

Bijak pandai berkata, “jika kamu sudah melalui tiga proses ini; Ketika kamu kecil,kamu bebas bermain, ketika kamu menginjak dewasa, kamu bebas menimba ilmu, dan bila kamu dewasa, kamu bebas bekerja, bekeluarga dan beribadah mengikut batasan yang kamu pilih, maka itulah balasan dan bukti keamanan untuk kamu"

Raikanlah keamanan dan keharmonian ini dengan penuh rasa syukur. Moga ianya dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

Salam Keamanan dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.
Hatta Mahfulz,

Bdr Seri Begawan, 22/8/2017.

Selasa, 25 Mac 2014

TRAGEDI MH370

Assalamualaikum,
 
1) Dah lebih setahun tak menulis dalam blog ni. Pd 8Mac 2014 pesawat MAS, MH30 dari Kl-Beijing dilaporkan tidak dapat dikesan. Dan selpas 18 hari berlalu, 24.3.14, PM Najib telah pon mengumumkan secara rasmi penerbangan tersebut berakhir di Lautan Hindi dan dipercayai terhempas. 

Antara gmbar popular untuk mengenang MH370

2) Tiada sesiapa pun yang selamat. Kepada ahli keluarga di ucapkan takziah. Dan kepada mangsa yg beragama Islam disedekahkan Al-Fatihah, moga mereka semua tergolong dikalangan orang-orang yang beriman hendaknya. Al-Fatihah.

3) Dalam tempoh 17 hari terlalu banyak spekulasi berlegar mengenai kehilangan pesawat ini. Teknologi WhatsApp, FBook dan Twitter lebih cepat daripada berita-berita yang dikeluarkan daripada media. 

4) Aku ada 5 groups dalam WhatsApp (SKBB, Teknik, DJA, Uni10 dan MWH Brunei). Boleh dikatekan setiap hari ada sajer berite terkini dan spekulasi yg disebarkan melalui teknologi whatsapp ni. Spekualsi mengenai kapal terbang mendarat di Naning, di San Diego, di Russia. Kemudian ader pulak spekulasi kpl terbang di rampas. 

5) Ape yang pasti, perkara yang kite terime perlulah dianalisa,diselediki dahulu sblum disebarkan kpd yang lain. Pade aku x salah untuk sebarkan prkr yg betul yang tidak menyalahi polisi Islam spt fitnah dan hasad.

6) Siasatan kerajaan juga mndpati terdapat 2 org di dalam pesawt tersebut menggunakan pasport org lain. 2 org tersebut adelah warganegara Iran. Mcmmanela perkara ini boleh berlaku? Jika tidak krn peristiwa ini, aku rase sistem pengenalan diri penumpang di KLIA pasti takkan berubah. Aku harap sgt spls ni kwln lebih ketat dan terperinci dpt dibuat di KLIA supaya penerbangan dijamin selamat.   

7) Dlm temph ini juga, sekumpulan bomoh hadir ke KLIA utk cuba menolong mencari kpl terbang tersebut. Dgn menggunakan peralatan yang pelik, dan berkelakuan tidak senonoh, mereka ini melakukan amalan ritual yg kononnya sedang mncari pesawat yg hilang. Sungguh memalukan pihak kerajaan Malaysia dan agama Islam khususnya. Apekah pandangan org bukan Islam terhadap org Islam disebabkan perlakuan ini?

Aksi Bomoh mencari MH370. Asthagfirullah..

8) Politik tidak dapat dipisahkan. Itulah yg terjadi apabila ade yg terlalu obses politik melihat kejadian ini dr sudut politik semata-mate. Pada yg sokong Pakatan Rakyat (PR), mereka mngtakan ini adelah konspirasi kerajaan Barisan Nasional (BN) untk mengalihkn pndgan rakyat daripada isu Anwar Ibrahim yang didapati bersalah dan di jel 5 tahun atas kesalahan meliwat. Hukuman tersebut dijatuhkan sehari - dua sebelum kejadian MH370 ini. Pd yng sokong BN pula mengatakan Kptn Zahirie, yg mengemudi kpl trbg tersebut terlibat dlm konspirasi menjtuhkan kerajaan bersama PR kerana umum mengetahai Kptn Zahirie adelah penyokong PKR.   

9) Pada 24hb February 2014 kire-kire 2 minggu sblm kejadian ni, kami sekeluarga balik ke Malaysia menggunakan MAS, Rase sedih bile pramugari MAS mnghidangkan air Tiger Beer kpd penumpang yg bukan Islam. Dgn tangan yg sama, menghidangkan pula air jus kpd yg Islam. Moga dgn peristiwa ni, apelah kirenye klu pihak pengurusan MAS dpt pertimbangkan utk tidak menghidangkan air alkohol di dlm penerbangan. Moga2 setiap penerbangan dirahmati oleh Allah swt.

10) Walau apepon, Malaysia dgn bantuan pakar dan negara lain yg terlibat dlm operasi SAR (Search and Rescue) ini telah melakukan sedaya yg mungkin utk mncari bangkai kpl. Kite berharap tiada lagi kejadian seumpama ini berlaku. Kwalan keselamatan lebih baik, penerbangan lebih selesa dan pastinya penerabngan yang disertai dgn rahmat dan keberkatan dari Allah swt. DaripadaNya kite datang, dan kepadanya kita kembali. Innalillahi Wainnahila Hirhojiun..AL-Fatihah kepada mangsa MH370.


Wallahua'alam.. 

Hatta, 25.3.14.   

Rabu, 8 Februari 2012

Insuran dan Tips

Dah hampir setahun aku menunggu untuk saat ini dan akhirnya Sabtu lepas, 4hb Feb aku berkesempatan jugak membawa Nana dan Dja ke Takaful Family untuk buat insuran pendidikan dan Life Insurance bersama-sama.



3 Polisi untuk Dja, Aku dan Nana.


Untuk Dja aku buatkan Takaful Pendidikan utk tempoh 15tahun. Manakala untuk aku dan Nana adalah Life Insurance+Saving. Di Malaysia pula kami memilih Etiqa yang mana aku telah pun mendaftar dari tahun 2007 dan Dja dari tahun 2011. Apa yang buleh aku share adalah tips untuk mengambil insuran ini adalah;


1)Buat survey sebelum mendaftar

-Dalam kes aku, aku dah buat survey dalam 5-6 bulan dengan cara pergi terus ke cawangan berdekatan tanya dengan frontdesk staff, telefon hotline atau dengan browse website. Dengan buat survey ini, kita akan dapat lebih info dan dapat membandingkan setiap ciri-ciri dan pakej yang ditawarkan oleh pihak syarikat insuran tersebut dengan yang lain


2) Bezakan dengan Insuran Hayat dan Simpanan

-Ini sangat penting sebab sekarang ini kebanyakan atau semua syarikat insuran menawarkan insuran berbentuk simpanan dan juga life insuran. Yang sangat membezakan antara kedua- duanya adalah takaful simpanan lebih berupa simpanan jangka panjang manakala insuran hayat pula adalah bayaran tambahan atau dipanggil "rider" ataupun perkataan yang lebih mudah adalah "add-on" untuk kita ambil sebgai persediaan yang mana jika berlaku kematian, kecacatan dan personal accident kita akan dapat sejumlah sumbangan. Tetapi, harus diingat, hanya takaful simpanan itu saja yang masih ada ditambah dengan bonus dari pihak insuran setelah sampai maturity period. Manakala "rider" ini tidak dikembalikan melainkan berlakunya sesuatu ke atas diri kita (mintak dijauhkan)


3) Fahami term insuran

-Adalah penting untuk kita sebagai pelanggan insuran untuk mengetahui perkataan atau term yang diguna pakai dalam insuran ini. Antaranya rider, peserta, premium etc. Ini supaya kalau agen insuran menerangkan tentang insuran ini, takla kita terpinga-pinga. Tapi kalau tak tau jugak, tanya je terus.


4) Buat budget sebelum mendaftar

-Setkan belanjawan kita berapa yang mampu dibayar setiap bulan utk polisi insuran ini. Pada aku lebih sikit pun takpe memandangkan polisi insuran ini juga bertujuan untuk simpanan jangka panjang. Pejam celik pejam celik dah sampai maturity period dan buleh keluarkan duit tersebut. Kalau sesuatu berlaku dapat jugak compensation.
-Kalau bule dalam sistem kewangan kita perlula ada insuran, simpanan dan sedikit pelaburan. Seperti yang selalu didengari, a common piece of financial advice says " Don't put all eggs in one basket". Maksudnya kalau dilihat dari sudut kewangan, jika kita ada duit lebih, masukkanlah duit kita tu dalam banyak tempat supaya memvariasikan lagi simpanan dan keuntungan kita untuk masa hadapan.


5) Syarikat insuran yang boleh dipercayai

-Pilih syarikat insuran yang telah lame berkecimpung dalam industri ini dan mempunyai review yang baik dari ramai respondance.


5 tips ini pastinya bukan yang terbaik. Lawatilah mana-mana website yang memang berkenaan dengan insuran ini. Lagi banyak kita tahu lagi bagus. Lepas dah ada insuran ini, jangan lupa untuk terus bertawakal, berdoa pada Allah agar dijauhkan segala musibah yang mengancam hidup kita sekeluarga. Sekian.


Wallahua'lam.

Isnin, 30 Januari 2012

Ada apa dengan 6.1.2012???

Entri ini agak lewat aku keluarkan walaupun entri ini berkaitan dengan sesuatu yang telah berlaku pada 6.1.2012. Ape ade dengan tarikh ini?..

Inilah tarikh yang mane bapak dan adik aku, Fadhli, telah mengambil kunci rumah dan merasmikan rumah tersebut bersama-sama dgn staff Sime Darby Bandar Baru Bukit Raja. Alhamdulillah, penantian selama lebih kurang 1 tahun 6 bulan berakhir dgn adanya kunci rumah tersebut.
Mengikut laporan adik aku, adelah sikit2 defect rumah tersebut tetapi bukanlah major defect. Ade 2 yrs liability period yang mane klu ada defects yang lain,bule saje aku report dan pihak maintenance Sime Darby akan uruskan dalam tempoh 2 tahun (harapnye betulla).

Cuti Chinese New Year 23rd Jan aritu mak bapak aku telah menjemput makcik aku, Bik Linda yang juga architect bertauliah utk buat check kat rumah aku tu. byk jugak kate Bibik yang perlu dilaporkan. Dalam sesi lawatan itu juga,dilaporkan sorangg lagi auntie aku iaitu Bik Ros bersame dgn anak2 yang super cool turut same menyertai lawatan tersebut. Argghh!! tak sabar ni aku nak balik Klang, tgk rumah tu. Pastu aku nak report2 mane yang patutla. Di bawah adelah gmbr2 yg diambil oleh adik aku sepanjang lawatan beliau bersame kaum kerabat aku.




Alhamdulillah, Thank You Allah (meminjam lagu Raihan), lagi sekali Allah memberi "pinjam" nikmatnye pade aku kat dunia ni. Harap aku dapat mengguna pakai nya dengan penuh amanah, memberi manafaat pade org Islam yang lain. Lagi sekali, Alhamdulillah..


P/s: masih terfikir2 nak jual ke nak sewa, jual ke sewa, jual ke sewa???????



Wallahua'lam.

Selasa, 10 Januari 2012

Rugi $5.60

Entri kali ni merujuk kepada $5.60. Apa ada dengan $5.60 ni?.mungkin jumlah ni sikit je pade sesetengah orang, tapi pade aku jumlah ni banyak sebabnye aku hilang $5.60 ni for nothing!!.























Cube perhatikan betul2 gmbr di bawah, itulah resit pembelian aku 7hb Januari lepas. Cube tengok kat item no.10 Egg Grade 'A', ade question mark lagi tu. Question mark tu aku buat sebab cashier Orbit tu tag item tu 2 kali. padehal aku beli satu tray jer.Harga 2 tray dah jadi $11.20. Tu yang buat aku rugi $5.60.

Aku sedar kesilapan ni 2 hari selepas aku beli. Nak gi balik Orbit sekadar nak tanya pasal hal ni pade aku keputusan yang kurang bermutu tinggi sbb nak kene redah jem orang balik keje. aku plak penat keje lagi. Harapnya weekend ni klu beli belah kat situ, dapatla aku argue balik dan yang paling penting re-fund!!

Kepada anda sume, jangan lupe check balik resit item satu persatu sebab kadang2 cashier mungkin tersilap tag dan sebagainya. Lagi byk item kite beli lagi tinggi chances nak silap tu. Juga jangan lupe periksa harga tu betul tak dengan tagging price yang di bahagian anda mengambil barang tersebut. Tanpa disedari harga lain dari system cashier dan bule jadi budget anda pun lari sekali


Wallahua'alam.

6 Januari 2012- Satu Episod Baru dalam hidup aku

Alhamdulillah...6hb Januari lepas dah confirm yang rumah kat Bandar Bukit Raja aku dah sah menjadi milik aku. Bapak dan adik bongsu sebagai wakil aku untuk ambil kunci di bahagian Customer Service.

Selepas lebih kurang 2 tahun (bulan Januari 2010 sign SnP), baru lah dapat kunci. Masih lagi terfikir2 untuk sewakan atau pun jual balik. Tawaran nak beli rumah tersebut mencurah2, tapi berat hati aku nk jual rumah ini sbb begitu significant dalam hidup aku..kerana apa?

1. Sebagai simbolik jerih payah menyimpan duit - Walaupun aku beli rumah dgn berhutang,tapi deposit dan fees yang lain aku bayar menggunakan duit sendiri. Duit deposit rumah ni hasil daripada simpanan aku dr kecik, bukan dr aku start aku keje. Aku korek TH dan ASB nak byr deposit, lawyer fees sume. Alhamdulillah Allah swt bagi kemudahan utk aku bayar semuanya.

p/s: Credit kepada mama yang mengajar utk hidup dgn berjimat cermat.

2. Rezeki dan kemudahan lepas kahwin - Betul yang telah dikatakan, perkahwinan memberi byk rezeki. Aku kawin bulan 7, 2010, acara belah aku plak bulan 10, 2010, fuh memang byk duit nak guna.tapi dgn izin Allah, semua itu dipermudahkan. Aku x perlu pinjam meminjam, tak perlu ambil pinjaman peribadi dan tak perlu berhutang dgn mana2 pihak, tapi dapat kawin lepas selang 2-3 bulan beli rumah pulak. Thank you Allah!!!Ramai woo yang berhutang lepas kawin. Bukan hutang rumah, tapi hutang personal loan ngan hutang kawan2 sbb nak kwin. Anak dah masuk sekolah, hutang x abis2 lagi.

p/s: Kawin ikut kemampuan, jadikan amalan menyimpan sbgi budaya, tawakal, doa bnyk2..InsyaAllah, Allah cukupkan mane yang x cukup.

InsyaAllah di tahun baru 2012 ni,aku nak tgktkan azam nak beli lagi satu rumah (kalau diizinkanNya) dan kalu dpt,aku bulehlah start dgn flipping bisnes aku nanti..Amin!!!

Wallahua'lam...